Anda mungkin sudah tahu bahawa kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menggalak seramai 200,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapatkan vaksinasi.
Warga emas boleh pergi ke mana-mana poliklinik atau pusat vaksinasi untuk dapatkan vaksinasi. Tidak perlu mendaftar atau membuat temu janji terlebih dahulu.
Kementerian Kesihatan (MOH) juga telah mengerahkan pasukan vaksinasi bergerak ke estet-estet perumahan bagi memudahkan mereka yang sukar tinggalkan rumah mereka.
Mendapatkan vaksinasi akan melindungi kita dan orang-orang yang kita sayangi, serta membawa kita ke satu tahap kebiasan baru. Jika anda kenal warga emas yang belum divaksin, sila kongsi video ini bersama mereka. – LHL
#SGUnited
(PMO Video by Alex Qiu and Chiez How)